Upon Story For People's Success
A life's story
A life's story
May 2nd
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Wah, semangat betul hari ni! Ya lah, mentang-mentang orang tu dah jadi pengawas, mula la dia nak buat tajuk yang berkaitan dengan disiplin. Hahaha, ok la, straight to the point, hari ni ada satu cerita nak bagitau, iaitu Spot Check. Ni pasal pengalaman aku masa first time buat spot check dengan cikgu Tan yakni guru disiplin paling sporting yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Alkisah bermula!
[27 April 2010] – Selasa
Macam biasa, aku akan pergi ke kantin untuk makan bersama kawan-kawan pengawas aku sebaik sahaja loceng berbunyi, menandakan bahawa tamatnya waktu rehat untuk sesi pertama. Sampai di kantin, aku rasa lain semacam sebab biasanya kawan-kawan aku akan tunggu di satu sudut meja, menunggu kawan-kawan yang lain sampai. Tapi tidak untuk kali ini. Aku tengok Izuddin dengan Farithzahanim sedang berbincang sesuatu, lalu aku pun bertanya kepada dia orang. ‘Ada apa ni?’, sapa aku kepada mereka. Izuddin dengan segera mengeluarkan sesuatu dari poketnya dan terus menghulurkan ‘benda’ tu kepada aku. Alahai, minyak wangi rupanya! Aku ingatkan apa, rupa-rupanya mereka telah merampas minyak wangi tu dari pelajar perempuan tingkatan 1, tapi tak pasti kelas apa. ‘Bagi Cikgu Tan! Dia ada kat bilik makan guru’, aku berkata. Dan tanpa membuang masa, berlari bagai kambing terlepas kandang lah mereka menuju ke cikgu Tan yang baru sahaja keluar dari bilik makan guru tersebut. Aku dan geng yang lain pula terus membeli makanan sebab dah tak tahan lapar! Hahahaha.
Selesai makan, akulah orang pertama letak mangkuk sebab akulah orang pertama habis makan. Muahahaha, bangga tu! Sambil-sambil menunggu Izuddin, Syahrizan dengan Hazwan makan, borak-borak la sikit pasal spot check. ‘Spot check?’, tanya aku. Mereka jawab ‘Ya la, kau tak nampak tadi dak Izuddin rampas minyak wangi? Kena la buat spot check!’. Aku terkejut masa tu kerana sebelum ni aku tak pernah ikut ‘aktiviti’ spot check ni sebab menurut mereka, aku terpaksa ‘lompat’ satu masa P&P. Dalam hati aku terfikir, nak ke tak nak ikut dia orang? Ok lah, ikut jer la, lagipun boleh la dapat pengalaman sikit, sambil-sambil dapat selongkar beg orang lain dengan percuma! Wawawawawaw, tapi niat aku bukan begitu! Niat aku baik, mencegah kegiatan yang tidak berdisiplin. Maklumlah, kebetulan aku penolong setiausaha Kelab Pencegahan Jenayah, so ada serba sedikit yang aku tahu pasal jenayah ni.
Budak-budak pun dah habis makan, semua pengawas yang tak berkenaan telah pun pulang ke kelas masing-masing, dan tinggallah hanya aku, Izuddin, Syahrizan, Hazwan, Zuhairah dan Zuhaili sahaja. Psst, nak buat spot check la katakan, mesti la ada lelaki dengan perempuan kan? Hahahaha gurau-gurau. Diulangi sekali lagi, niat aku baik! Nak cegah jenayah! Semangat membara dengan membuak-buak yakni berangan sampai aku tertinggal kat kantin seorang sahaja, yang lain semua dah blah menuju ke bilik disiplin untuk persediaan spot check! Aku apa lagi, lari terhenjut-henjut la, dah tertinggal punya pasal, nak buat macam mana? Huhuhu.
Ada 10 minit lagi sebelum rehat sesi II, cikgu Tan and the gang telah rancang dengan teliti, dan keputusannya kelas 2KW2 akan diserbu. Masyuk! Kelas kawan cina lama aku tu, hahaha, dapat la selongkar beg dia, mana tau dapat handphone ke, hehe. Sambil berjalan menuju ke aras tiga blok G, aku saja kacau dak Zuhaili or lebih familiar dengan panggilan Elly, cakap dengan dia yang ada orang suka dia hahahaha! Yang aku pelik, boleh pulak dia percaya, aduh, sedih yang teramat, aku telah digelumang dosa yang hitam lagi berat, ya Allah, ampunilah dosa hambaMu yang hina lagi kecil ini, kerana telah menipu kawan aku yang terlalu mudah untuk percaya kata-kata orang seperti aku. Oh tidak! Out topik, straight to the point please!
Nampaknya kita sudah sampai di aras tiga, cikgu Tan terus mengarahkan aku, Izuddin, Syahrizan dengan Hazwan untuk sekat tangga sebelah tandas, manakala Zuhairah dan Elly sekat laluan dari tangga sebelah bilik stor sampailah kelas 2KW2. Dan dengan serta merta, tok tok tok! “Good morning teacher, boleh saya buat spot check sekejap?”, dengan nada yang agak kuat cikgu Tan memberitahu cikgu yang ada dalam kelas tu dari pintu kelas, diarahkan semua pelajar 2KW2 supaya berdiri dan beratur. Lelaki belakang, perempuan depan. Spot check pun bermula sebaik sahaja arahan diberikan dan tanpa berlengah-lengah lagi, aku terus pergi ke meja hadapan sekali untuk diselongkar beg, pencil case, meja, dan benda-benda yang boleh dibuka dan ditutup dan disorokkan dan disembunyikan hahaha. Satu, satu, satu, tup tup tup………………… Tiada barang yang mencurigakan dijumpai, dan apabila hampir tamat spot check, Muhammad Syahrizan Putra bin Kamarozzaman, selaku Exco Menengah Rendah menjumpai handphone di bawah meja milik Mohamad Ariffuddin! Tahniah kepada beliau, satu pencegahan telah berjaya dilaksanakan! Woohoo!
Dan apabila selesai spot check, Ariffuddin dikerah oleh Cikgu Tan untuk memberikan alasan-alasan yang munasabah kenapa dia bawa handphone. 5 alasan diberikan, semuanya ditolak, kesian. Aku berasa sedih atas rampasan handphone dia, tapi nak buat macam mana, peraturan tetap peraturan, hukuman tetap hukuman. Akhirnya, nama dia tercatat dalam Buku E-Saman masing-masing sebagai pengajaran kepada dia supaya jangan bawa handphone ke sekolah. Nokia ape entah dirampas tidak dipulangkan! Habissss.
May 2nd
Salam sejahtera semua. Sorry lama sangat tak update. Maklumlah, tulang dah berat, nak angkat tak larat yakni MALAS. Hahahaha. Ok, seperti yang sedia maklum, aku ada satu cerita nak bagitau. Mulakan sekarang!
.
..
…
….
…..
……
…….
Pagi Jumaat tadi, macam biasa sekolah aku akan adakan perhimpunan tidak rasmi secara bergilir-giliran, diikuti dengan bacaan Yassin untuk semua pelajar Islam. Disebabkan hari ni perhimpunan, semua pelajar akan terus turun ke padang dan beratur mengikut tingkatan masing-masing. Aku yang pengawas ni kena la bertugas kat baris tingkatan 4. Fuhh, masyuk beb! Kenapa? Sebab ramai budak-budak menganjingkan aku. Nasib baiklah aku sabar, kalau tak memang hancur terburai jasad kau aku kerjakan.
Selepas menyanyikan lagu Asma Ul-Husna, guru bertugas pada minggu ini beri laporan. Kehadiran, aktiviti yang telah dijalankan dan sebagainya disebut satu per satu. Agak bosan la cikgu ni bagi laporan sebab dia paksa kita orang untuk catatkan apa yang dia dah sebutka tadi. Aku pulak terlupa bawa buku nota dan pen, buat-buat jer la tengah catat masa dia berucap hahaha. Selepas dah berucap, tiba pula giliran cikgu Tan nak berucap sikit pasal pemakaian baju Pendidikan Jasmani di sekolah. Antara amaran yang dia berikan kepada kita orang ialah sesiapa yang tidak memakai T-shirt rasmi PJ sekolah akan dikenakan denda. Alamak!! Aku tak bawa baju PJ sekolah! Habis lah aku, memang confirm kena sebat ngan dia walaupun pengawas. Tapi nasib baiklah ada kawan pengawas aku yang sama dengan aku, tak pakai baju PJ sekolah. Maka, sebaik sahaja perhimpunan tamat, semua pelajar yang tidak memakai baju PJ sekolah akan dikenakan hukuman rotan yang tidak sakit bagi aku hahahahahaha. Aku and the gang (yang tak pakai baju PJ sekolah) pun beratur dalam dua barisan, menunggu giliran untuk dikenakan hukuman. Dalam fikiran aku kata, apa la lembab sangat cikgu ni, nak rotan pelajar pun nak soal dulu. Mana tak menyirapnya, aku tertinggal waktu aku yang pertama iaitu Bahasa Inggeris yakni subjek kegemaran aku. Tiba jer giliran aku, straight jer aku hulurkan tangan kat cikgu tu. Bukan hulurkan tangan kerana minta sedekah, tetapi hulur kerana minta rotan hahaha. Lepas tu, piaiippp! Rotan yang ‘mendarat’ kat ‘tanah’ tangan aku langsung tidak memberi apa-apa kesan! Alhamdulillah, cikgu ni nasib baik sporting, kalau tak memang tak menulislah aku nanti. Kemudian, selepas menerima ‘hadiah’ yang amat ‘berharga’ itu, aku terus berjalan balik ke kelas untuk sambung waktu P&P. Tapi bila sampai jer kat kelas aku, semua orang dah sedia nak blah. Aku terpinga-pinga, kenapa dia orang nak blah? Oh, baru teringat, sekarang waktu PJ!
Masa PJ, aku main bola baling dengan kawan-kawan aku. Permainan ni la paling best bagi aku sebab ada semangat bekerjasama dalam pasukan masing-masing. Selepas cikgu dah aturkan team, game pun start. Aku dan Farid main sebagai striker, Shamsuri dan Haniff main sebagai Midfielder, Soh Wee Kiat dan member dia main sebagai Defender, dan Hanif main sebagai Goalkeeper. Kita orang main dengan bersungguh-sungguh sampai aku nak ambil bola pun boleh terlanggar kat tiang gol bola sepak! Wow, sakit giler masa tu. Nasib baik tak berdarah, kalau tak aku jugak yang susah. Tapi aku masih boleh bawak sebagai striker dan pada akhir perlawanan, kumpulan aku menang 4-3 dengan kumpulan lawan. Peluh? Jangan cakap, satu baju habis berpeluh! Best betul masa tu, dan aku harap suatu hari nanti aku akan dapat bersaing dengan sekolah lain dalam permainan bola baling ni.
Cerita habis, bye-bye! [Ada lagi cerita sebenarnya, malas nak tulis]
Mar 27th
[Isnin] – 22 Mac 2010
Pada hari Isnin yang lepas, aku telah mendapat kertas jawapan yang pertama iaitu subjek Sains. Memandangkan waktu Sains adalah lebih awal berbanding dengan waktu-waktu subjek yang lain pada hari Isnin, oleh itu kitorang mendapat kertas jawapan Sains dahulu. Semasa menerima kertas, sememangnya aku telah mengagak yang bahawa aku confirm dapat C kerana sejak dahulu lagi aku paling tak minat Sains walaupun ibu aku sendiri adalah guru Sains di salah sebuah sekolah menengah di Jasin. Hakikatnya, memang sah aku dapat C, dengan markah 61%. Tapi setelah dibincang dengan teliti, markah aku dinaikkan kepada 62%. Mujurlah aku lulus, kalau tak lulus memang tak dapat kedudukan yang tinggi dalam kelas, apatah lagi kedudukan dalam tingkatan.
Kemudian tiba pula waktu Matematik. Ini merupakan saat-saat yang aku nantikan kerana aku memang minat Matematik sejak tahun 4 di sekolah rendah. Pada mulanya aku ingatkan aku dapat A, rupa-rupanya aku dapat B. Sungguh hampa dan sedih kerana sebelum ini Matematik aku sering mendapat A. Dengan markah 75%, cikgu aku sempat mengucapkan kata-kata semangat agar aku mendapat A dalam ujian Matematik yang akan datang. Aku terharu dan aku ingin mengubah cara hidup aku supaya aku mendapat A dalam Matematik.
Selepas mendapat kertas jawapan Matematik, waktu yang seterusnya adalah Kemahiran Hidup. Kali ini aku rasakan bahawa aku boleh mendapat B kerana soalannya adalah senang berbanding soalan tahun lepas. Dan hakikatnya memang aku mendapat B dengan markah 73%. Tapi yang memeranjatkan ialah, setelah berbincang dengan teliti, akhirnya aku telah mendapat A dengan markah 80% kerana cikgu aku tersalah tanda. Sebenarnya aku mendapat 78% pada kali yang kedua dan akhirnya dinaikkan kepada 80% kerana nota-nota dan latihan-latihan yang diberikan oleh cikgu kepada aku adalah paling kemas. Aku amat gembira kerana sebelum ini aku tidak pernah mendapat A, kalau paling tinggi pun hanyalah gred B. Terima kasih cikgu Jasmi!
Selesai habis Kemahiran Hidup adalah waktu Bahasa Inggeris. Ini yang aku nantikan sangat. Pada masa itu kitorang kena pergi ke perpustakaan kerana telah dijadualkan untuk ke perpustakaan pada hari Isnin. Setelah sampai di perpustakaan, aku, Sharul, Farid, Haffiszuan dan Adik terus duduk di meja depan sekali sebab nakkan kertas jawapan Bahasa Inggeris. Kadang-kala ada di kalangan mereka yang tak sabar-sabar sampai nak amik fail kertas jawapan tu dari cikgu [aku la tu]. Selepas cikgu dah edarkan kertas jawapan kepada semua orang, aku tak ada perasaan apa-apa walaupun aku dapat A dengan markah 86% sebab dari dulu lagi aku dah memang tergila-gila atau boleh diklasifikasikan sebagai ‘addicted’ terhadap subjek Bahasa Inggeris. Oleh itu, tidak hairanlah Bahasa Inggeris aku mendapat A. Walau apapun aku bersyukur dengan markah yang aku perolehi, maklumlah tak baca buku pun boleh dapat A, hahahahha.
[Selasa] – 23 Mac 2010
Pada hari yang berikutnya iaitu Selasa, aku mendapat kertas jawapan yang kelima iaitu Geografi. Pada masa itu, sebelum cikgu Geografi aku datang, aku berasa sungguh bimbang dan risau kerana takut tidak mencapai target yang cikgu hendakkan iaitu sekurang-kurangnya B. Memang sejak dahulu lagi aku tidak minat Geografi kerana bosan. Selepas cikgu dah datang, dah bagi ucapan apa semua, cikgu pun mengedarkan kertas jawapan dengan menyebut nama-nama pelajar seorang demi seorang. Semasa cikgu edarkan, hati aku berdebar-debar seakan-akan mahu lari dari kelas itu. Namun, segala-galanya hilang secara tiba-tiba sebaik sahaja cikgu menyebut nama aku dengan markah 80% iaitu A. Ketika itu aku berasa cukup gembira tak terhingga kerana sebelum ini aku juga tak pernah mendapat A dalam Geografi, tapi akhirnya menjadi kenyataan kerana soalan dia senang. Wakakakaka, apa lagi, aku pun boleh la berlagak dengan orang lain, tapi tak jadi sebab aku tak berniat nak menunjuk-nunjuk kehebatan aku sedangkan aku adalah lebih cetek ilmu dari orang lain.
Kemudian tiba pula waktu Sejarah. Aku tak menaruh minat sangat terhadap Sejarah kerana mengkaji balik kisah yang berlaku pada zaman dahulu. Namun, kali ini aku telah cuba sedaya upaya untuk mendapat sekurang-kurangnya B. Ketika cikgu telah menyuruh ketua tingkatan untuk mengambil kertas jawapan dan suruh mengedarkannya kepada semua orang, aku rasa hampa kerana dapat B dengan markah 67%. Namun, ada satu perkara yang aku agak hairan, kenapa dalam kertas jawapan tersebut cikgu tulis 17 33 40? Pada mulanya aku sangkakan 17+33=40, tapi setelah ditelitikan, akhirnya memang betul nisbah itu. Tapi kenapa 17 tambah 33 jadi 40? Bukankah jadi 50? Aduh, takziah buat cikgu ini, takkan la kira macam ini pun tak dapat? Patutlah dapat 67% je, rupa-rupanya salah kira. Namun aku reda sahaja kerana selepas dikira dan dibandingkan markah aku dengan markah-markah orang yang lain, aku adalah yang tertinggi. Pelik bin Ajaib!
Selepas waktu Sejarah adalah waktu Pendidikan Islam. Sebelum ini aku pernah diberitahu oleh rakan-rakan aku yang kononnya aku mendapat 96% dalam subjek tersebut kerana mereka telah pergi ke bilik guru dan bertanyakan cikgu markah yang diperoleh. Satu perkara yang aku agak tak suka ialah markah aku dipotong sebanyak dua kali dan aku kehilangan 4 markah menjadikan markah aku 92%. Dan selepas diedarkan kertas jawapan, memang betul aku mendapat 92% iaitu A. Walaupun aku merupakan kedua tertinggi selepas Nurul Atikah dengan markah 94%, aku bersyukur sahaja kerana menurut ujian pengesanan Mac tahun lepas, aku mendapat C dalam pendidikan Islam. Terima kasih Ustazah Wan Rozana, ustazah telah memberikan pendidikan yang baik walaupun ustazah hanyalah guru praktikal di sini dan akan berpindah dua minggu lagi.
[Khamis] – 25 Mac 2010
Selang dua hari kepada hari Khamis, aku telah mendapat semua kertas jawapan dan telah cukup 8 subjek kesemuanya iaitu aku mendapat markah Bahasa Melayu pada hari ini. Maklumlah cikgu tanda lambat, so dapat kertas pun lambat. Namun, hari ini merupakan detik hitam bagi aku kerana buat pertama kalinya aku mendapat gred C dengan markah 62% dalam Bahasa Melayu!!! Ya Allah, apa salahku sehingga bahasa ibunda aku sendiri mendapat C? Setelah dibincang dengan teliti, barulah aku tahu di mana silapku terutamanya Objektif. Aku telah merayu dan memohon kepada cikgu supaya ditambahkan menjadi B kerana tidak mahu rekod aku buruk hanya kerana Bahasa Melayu mendapat gred C. ‘Tengoklah dulu, kalau kau rajin aku tambah’, itulah kata-kata yang cikgu berikan kepada aku selepas memohon markah daripadanya. Dan disebabkan itu, aku akan cuba untuk menjadi seorang pelajar yang rajin agar markah aku ditambah.
Kesimpulannya, aku telah mendapat keputusan berikut buat masa ini :
[Bahasa Melayu] – 62% [C]
[Bahasa Inggeris] – 86% [A]
[Matematik] – 75% [B]
[Sains] – 62% [C]
[Pendidikan Islam] – 92% [A]
[Sejarah] – 67% [B]
[Geografi] – 80% [A]
[Kemahiran Hidup] – 80% [A]
4A 2B 2C merupakan keputusan aku. Dengan ini, aku berharap agar aku dapat improve lagi di peperiksaan yang akan datang, insyaAllah.
Mar 18th
Pagi tadi, aku dah bersiap sedia untuk ke sekolah kerana mengikuti Kursus Kemahiran Bertutur anjuran ANGKASA. Bertolak dengan kereta Proton Wira pada pukul 7.43 pagi, akhirnya aku telah sampai ke sekolah pada jam 7.57 pagi. Pada mulanya aku ingatkan kursus dah start sebab dalam surat tulis pukul 8 pagi, tapi nasib baiklah sebab masa tu aku dah tanya cikgu Jasmi, dia kata masih ramai lagi yang belum datang. Dah naik sampai atas sekolah, aku ingat aku sorang jer pengawas form 2, last-last aku ternampak Hazwan tengah duduk bersantai kat pondok cendawan. Aku ape lagi, duduk la kat sebelah dia dan tanya khabar. Masa tu punya lah lapar, maklumlah tak makan pagi, jadi kitorang makan angin jer la, biar perut kembung hahaha. Ingatkan dah sampai sekolah boleh terus makan jer, tapi kena tunggu sebab makanan belum sampai. Tunggu punya tunggu, akhirnya muncul juga makanan yang selama ini aku inginkan. Mee goreng! Karipap! Teh O! Teh! Ahh, macam-macam! Nak tak nak, rembat jer semua yang ada, asalkan kenyang pada pagi tu.
Selepas rembat makanan, aku dengan Hazwan pun cari tempat mana nak makan. Aku ingatkan nun jauh di blok A, rupa-rupanya makan dekat sebelah kiosk PUM jer. Nak tak nak, duduk jer la sebab tempat lain jauh dan banyak kena rembat dengan budak perempuan. Menu hari ini mee goreng, mesti makan pakai sudu dan garfu kan? Yang tak syoknya kena makan pakai tangan! Uhh, bab ni memang aku tak biasa sebab dah selalu pakai sudu dan garfu. Biasa tak biasa, makan jer la. Biarlah segelojoh mana pun asalkan perut aku kenyang dan bahagia. Dah lepas makan, aku minum air teh yang kaw panasnya. Hirup sekali, allahuakbar! Panas! Nak buat macam mana, masa tu dah kekeringan, minum jer la walau sepanas mana sekalipun. Walaupun panas, tapi sedap. Minum dalam beberapa teguk jer dah habis. Ingatkan nak ambil lagi tapi tak payah la, kang apa pulak orang lain kata. Tamak? Ahh, semua tak penting! Yang penting masa tu kena naik ke Bilik Tayang kerana program akan dijalankan tak lama lagi. Tapi sebelum masuk Bilik Tayang, tandas la jadi mangsa. Kitorang lepak seketika, duduk bersembang-sembang dengan Hazwan dan sikat rambut pacak-pacak. Secara tak langsung sembang jugak dengan syaitan! Hahahaha. Selepas 5 minit, aku dan Hazwan pun naik ke Bilik Tayang. Masa nak tanggalkan kasut tu, saja jer aku tunjukkan dekat Hazwan, maklumlah kasut kulit, siapa tak nak? Tapi tak ada bezanya sebab Hazwan pun pakai kasut kulit juga. Huhuhuhu.
Masuk jer dalam bilik tayang, mak oi, panas sepanas panas! Memang la panas sebab aircond dengan kipas tak buka, mana tak panas? Selepas dah buka aircond dan kipas, aku pun cari tempat yang sesuai untuk diduduki. Aku ternampak Hazwan duduk kat belakang sekali, lantas aku pun duduk bersebelahan dengan dia. Hajat aku nak duduk depan sebenarnya tapi sebab asyik duduk depan jer, apa salahnya duduk kat belakang sekali-sekala. Dah dapat cari tempat duduk, maka Kursus Kemahiran Bertutur pun dimulakan. Penceramah pada masa tu ialah Encik Abu Bakar bin Busmah. Katanya dia baru datang dari Kota Tinggi, Johor. Sebelum tu dia ada kat Kulim, Kedah. Fuhh, jauh tu! Dia kata, orang-orang boleh panggil dia Mr. Burn, jangan Mr. Bean sudah. Hahaha, memang padan la dengan nama Mr. Burn tu sebab nama pun dah Abu Bakar. Oleh itu, kursus dimulakan dengan tajuk ‘Membina Semangat Positif Untuk Bertutur’.
Dalam tajuk ini, ada rasa sedikit bosan. Kenapa? Sebab semua pelajar terlibat dalam melakukan semua aktiviti yang ada dalam tajuk ini. Yang ni paling aku tak suka sebab kena bercakap kat depan orang ramai. Dalam hati aku asyik berkata, menyesal aku datang hari ini, dah lah kena buat sketsa kat depan, buat presentation sekian sekian sekian, boring! Tapi setelah aktiviti dijalankan satu per satu, barulah aku tahu, penceramah tu sebenarnya nak meyakinkan pelajar supaya tidak berasa segan dan malu ketika bercakap atau membuat persembahan di depan orang ramai. Kaedah yang dia gunakan ialah : Sentiasa senyum, tarik nafas, dada ke hadapan, mata pandang ke dinding bilik. Terbukti berkesan juga sebab sebelum ni aku tak pernah buat kaedah seperti ini.
Tajuk yang kedua ialah ‘Berfikir’. Berfikir? Ni pun aku tak suka juga. Boleh katakan semua tajuk yang ada dalam kursus ni aku tak suka lah. Maklumlah lelaki, kalau bab-bab macam ni siapa yang nak suka? Lain la kalau artis tanah air. Huhuhu. Dalam tajuk ni, penceramah tu mintak kitorang buat satu cerita berkaitan dengan cerita berantai. Wah, senang punya kerja! Tapi malas! Nak tak nak, terpaksalah menyumbangkan sedikit idea kepada ketua kumpulan agar kerja berjalan dengan lancar. Kitorang kumpulan yang ketiga, jadi kitorang ada peluang untuk berbincang dengan lebih lama sementara menunggu kumpulan yang lain membuat persembahan. Nasib baiklah aku tak terlibat, kalau tak memang naya aku.
Seterusnya, kitorang diberi masa untuk kudapan. Menunya tak banyak, cuma Sandwich, kuih-muih dengan air botol mineral 500ml. Kali ini, hati aku dah cakap lain pulak. Hati aku kata, betapa bertuahnya aku dapat hadir ke kursus ini sebab dapat makan kuih kegemaran aku, tapi tak pasti apakah nama kuih itu hahaha. Hajat aku sebenarnya nak ambil lima, tapi apalah orang kata nanti. Jadi aku ambil satu sahajalah memandangkan pada masa tu aku masih kenyang. Air botol? Hazwan yang conquer kesemuanya. Cikgu kata seorang pelajar hanya boleh ambil satu botol air mineral, tapi Hazwan ambil 3 botol! MasyaAllah, itu baru 500ml sebotol, kalau 1000ml sebotol? Fuhh, dahsyat! Aku tabik spring kat kau la Wan! Rembat sampai tiga botol, aku satu botol pun belum tentu habis dalam masa yang singkat!
Setelah 15 minit kudapan, kitorang kembali semula ke bilik tayang untuk meneruskan program. Tajuk yang ketiga ialah ‘……….’. Ahh, aku dah terlupa! Tak apalah, biarlah lupa asalkan tak terlepas untuk meneruskan program ini. Dalam tajuk ini, macam biasa la, sketsa jer lebih. Tapi perkara yang paling menarik minat aku ialah perdebatan. Penceramah tu bagi tajuk debat iaitu : Pelajar perempuan adalah lebih pandai dari pelajar lelaki. Wah, tajuk tak boleh bla! 1 2 3 action, perempuan yang mulakan perdebatan itu. Kemudian, lelaki pulak. Dah lepas sekian sekian sekian, tiba giliran aku untuk berdebat. Aku dengan rasa bangganya bercakap bahawa hak lelaki lebih besar daripada perempuan kerana lelaki berkemampuan untuk menjadi pemimpin negara. Hahahaha. Tapi memang betul pun, cuma tak mendalam.
Akhir sekali, tajuk yang terakhir ialah ‘Menangani Tekanan Minda Ketika Bertutur’. Tajuk ni tak banyak aktiviti, tapi boleh la tahan bestnya. Jam menunjukkan sudah pukul 1.15 tengahari. Memandangkan ramai pelajar yang hendak ke tusyen, oleh itu kursus ditamatkan lebih awal dari pukul 2 petang kepada 1.30 petang. Yang akhir-akhir tu, penceramah tu ada tunjuk satu video tentang betapa besarnya pengorbanan ibu kepada anak dengan mendermakan salah satu matanya kepada anaknya memandangkan anaknya pernah terlibat dalam satu kemalangan dan akibatnya, satu biji matanya hilang. Video tu hampir-hampir menyentuh perasaan, tapi aku bertahan agar tidak terkeluar air mata. Biasanya kalau ada video macam ni aku selalu terkeluar air mata, tapi kali ini tak. Penutup kursus itu diakhiri dengan pemberian hadiah kepada semua pelajar kerana berjaya hadir pada kursus tersebut. Nak tahu hadiah apa? Pemadam Stabilo. Hehehehe, walaupun hanya pemadam, tapi janji ada hadiah sudah. Baiklah, di sini saja tirai entry ditutup, salam sejahtera kepada semua.